Sunday, October 31, 2010

- di kejauhan -

Bila kita berada di kejauhan baru kita akan sedar bertapa kita amat merindui seseorang itu dan sekaligus akan berjanji pada diri kita yang kita akan melayan dia dengan baik dan tidak sesekali akan menyakiti hati mereka. Tapi....

bila kita berada dekat dengan nya, lancang mulut berkata2...ringan mulut utk membalas setiap perkataan demi perkataan asalkan hati kita puas. Lambat baru kita akan menyesal dengan perbuatan sendiri. bak kata org2 tua, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata? tanggunglah akibatnya.

Thursday, October 21, 2010

Unit Trust Fund

Seorang kenalan sedang bersungguh bersemangat memulakan urusan unit trust ni..beberapa kali cuba memberikan idea dan suggestion untuk saya melabur.

bukan xmahu, bukan xberminat, tapi mungkin nanti. bak kata orang 'first things first' , kalau semua nak hadap pada satu masa, mampu ke nak bergerak? mampu ke nak bertahan, jadi baik kita bersabar jangan ikut nafsu. dan pernah dia ajak utk saya mulakan kembali market unit trust fund ni under maakl.

bagi saya, ye market unit trust memang bagus, sebab we are helping others to maximise their returns, tapi untuk memulakan ini, banyak masa yang perlu saya peruntukan, banyak benda saya perlu mulakan semula, dan perlu ada persediaan dari segi mentally adan physically which saya tak ada lagi.saya perlu hadiri trainings.saya perlu setup semula segala2 nya. insyaallah semoga hati saya di permudahkan dan di beri pertunjuk untuk bermula semula.

kepada kawan saya, semoga berjaya. you are at the right path and keep going. passionate leads you towards glory.

di mana kan ku cari

cabaran sungguh tercabar...hingga fikiran malas nak berfikir, bahu tak tahu larat atau tidak nak memikul.tapi bertuah bila kaki masih lagi setia berjalan.tangan masih lagi ligat membuat rutin kerja.tapi akal tetap memberi aliran supaya hati terus rasa susah..Urgh! apa jalan terbaik? di mana kan ku cari?

Ya Allah, tunjukkan lah jalan dan permudahkan lah urusan hamba2 mu ini...aminn

Wednesday, October 20, 2010

11.11.11

Mengira hari ke arah anjakan paradigma yang paling ketara dalam hidup seseorang. Segala perancangan di atur menuju hari yang bersejarah. Jika Datuk Shiekh dengan tema kayangan pahlawan melayu dia tu, saya juga ada tema sendiri yang sedang di atur. Ramai juga kenalan yang bakal melansungkan hari yang sama. 11.11.11. Sebelum memilih tarikh tersebut, saya dan family Si Dia duduk berbincang memilih tarikh yang sesuai, dan setelah melihat tarikh yang baik di bulan Zulhijjah, kami sepakat memilih tarikh tersebut. 11.11.11 tarikh pernikahan bersamaan dengan 14 Zulhijjah, dan resepsi sebelah Si Dia 20.11.11 bersamaan 23 Zulhijjah, yang mana kedua2 tarikh insyaallah tarikh yang baik untuk membina masjid di jalan Allah.

Sedikit panduan tentang hari2 yang baik dan mengapa akhirnya kami sepakat memilih tarikh 11.11.11 dan 20.11.11:


1) senang nak ingat.

takde asyik lupa anniversary yang terus mengundang kepada masalah merajuk tido luar!..haha..tapi kalau dah banyak sangat makan semut baik kawen je tarikh apa-apa pun sebab tak dapat nak ingat.

2) hari jumaat.

akad nikah lebih afdal sebab hari jumaat kan penghulu bagi semua hari. tapi memang mana ada hari yang tak baik. semua juga baik. cuma nak ambil keberkatan saiyidulayyam itu lebih digalakkan.

3) hujung tahun

biasa hujung tahun ni budak cuti sekolah. tapi check kalendar 11 november belum cuti sekolah lagi. tapi seminggu lepas raya haji.

4) 14 Zulhijjah 1432

kita patut tengok dari sudut tarikh bulan islam. Muharram tidak sesuai untuk berkahwin sebab itu bulan kesedihan. (saya tak nak pula bagi tazkirah lebih-lebih sebab ilmu pun tak cukup). Tapi ingat 14 zulhijjah jatuh bulan haji.
HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.


02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.


03hb: Hari yang tidak bagus.


04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.


05hb: Hari yang tidak bagus.


06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.


07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.


08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.


09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.


10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.


11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).



12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.


13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.


14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.


15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.


16hb: Hari yang tidak bagus.


17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).


18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.


19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.


20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.


21hb: Hari yang tidak bagus.


22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.


23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.


24hb: Hari yang tidak bagus.


25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.


26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.


27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.


28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).


29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.


30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.


Kesimpulannya jangan lah kita memilih tarikh dengan mengganggap tarikh tu keramat atau tidak baik. Untuk mendirikan masjid itu satu niat yang baik. Hai, nak kawen tu kawen aje la..hehe..Cuma ia bergantung kepada setiap individu dan apa sebab musababnya. Jangan pula sampai terpesong dari akidah dengan mempercayai perkara khurafat. Wallahualam. (kan da jadi ustazah kat situ)

Monday, October 18, 2010

G O L F

Saturday nite was the nite I put my hand for the 1st time on the wood and swung !!!
Never ever in my mind that I would really enjoying the moment of whacking and to see how far the ball would go. First time ever to know how exactly the right way to hold the wood (or they call golf club), to lock it (oh never imagine got such thing) , the real technics before you can first swing for a beginner like me. The day that really make me change the perspective towards GOLF. The day that amazingly had caught my interest towards this sport. I used to think that GOLF is kinda wasted and stupid but yet expensive game that ones is willing to play for the sake of business and it's absolutely unhealthy sport ever in the world.

Even Naj always complaining my interest towards bowling but for me bowling is how good is your technic and focus and the skill of throwing the ball at the right place. That's bowling. As to when bowling make me addicted to it same goes to GOLF.

Do you think that GOLF is just the matter of whacking the ball and seeing where the ball goes? No it's not. I had body aching all over my body especially around my bisep and trisep area which mean it's not just because you can swing but you also need to make a simple or little excercise to warming up your body before swing! eeeewww! don't simply take things for granted.

 Naj had full set of golf club thus nothing to be worry of playing as long as you can. We are not playing at the turf yet, still at the driving range. BUT...I need a pair of gloves! that may cost me RM50 per pair (gulp) yes please!


swing technics

Well, thats all for now. There are lots of things I wanted to put, but later...as I keep bumped into manager's eyes..better do my work now!

taaa & wachaaaa~

Btw, thanks baby for the great moment and had turning my perspective towards GOLF!

How to make a dream come true?



I have dreams.some are achievable dreams, some are not and some are achievable but it needs passion, efforts and support to make things going but yet I'm hopeless...and I have a recent dream that I wanna make it come true....a dream that occasionally happen to be dream again and again...and none of it come true...so how to make it happen to real life?

Do I need to plan ahead? which obviously I don't have much time to spend on the planning as time is contraint...perhaps ya I need to, as I should not spend much time by giving out reasons on top of a desire in achieving something that I really wanna make it happen...

Passionate, hardwork, honesty and desire will make my dreams come true. Do I need tell people about this dream? nahhh no need...gotta lift up my own spirit by makin urgency within ma self tho...can I? (surely you can dilla)

Oh dilla you should put target in your life back. or you might lost your direction in a day time. not just seeing the succeed in others but you may feel it and gettin it by your own self...lettin go doesnt mean you are loser! but is an opportunity that you might get more and more chances later !

so how to make a dream come true?
get yourself ready mentally and spiritually of all the obstacles might come to your way in form of any thing that you wont imagine of, and with the grant from ALLAH...insyaallah ~

so..get going DILLA !

hip hip hooray ~~~

Friday, October 15, 2010

Personal Loan to be grab !!!

Dear All,

Personal loan with lower interest is ready for grab! This loan issued by EON Bank and is meant for all government and private employee that has BIRO ANGKASA facilities...the disbursement for approved loan is within 5 working days!!!  (wow wow cepatnye)

Features:
  • no guarantor
  • finance up to RM250,000.000!
  • longer tenure - 20 yearss!!
  • rebet for early settlement
  • eligible for employee that earning as low as RM700 (basic + fixed allowance)  
For further enquiries or as if you want to get the flyers, you may drop me an email at norfahuman@yahoo.com OR

Please straight away call the person in charge Mohd Najib at 013-250 4777.

Wachaaaa!

Thursday, October 14, 2010

rumah vs dewan

Apa kebaikan majlis dirumah dan apa kebaikan majlis di dewan?
kenapa ada orang yang suka buat di rumah dan kenapa ada yang suka buat di dewan?


dan saya?
saya suka jika majlis di dewan...
tapi...
parents saya suka jika majlis di rumah....

keputusannya?

Tuesday, October 12, 2010

feeding fish

Saya suka fish tu ada di blog ni...
tp bile sesekali sign-in blog ni....
tgk dia berenang2...terasa kesian pula....
terasa seperti dia juga hidup walau dlm skrin....
macamana kalau saya tak buka2 blog ni lg....? ikan?
ok...so remove is the best way..bukan tak suka dia...tp better diaa tak payah ada
tgk dia berebut2 mkn...hish lg kesian...

ok nnti rindu2 ikan, pegi tgk kat page lain....tata

Monday, October 11, 2010

Oh office

setelah sekian lama tak masuk ofc...esok akan masuk buat pertama kalinya ke offc...wahhh dh rindu dgn my minnie tiniee little bear...oh cepat la esok ~

bila maut datang?

kita mmg tak tahu bila dia akan dtg...sesekali tfikir memang mbuatkan hati rasa gerun....
dan seorang uncle sebelah abah, telah pergi manyahut seruan illahi...

masih teringat lagi pertemuan terakhir di raya ketiga...semasa kami datang ziarah ke rumah nya...dia masih lg sihat dan sihat utk berjalan dan melayan tetamu...cuma ketika dia berborak dgn abah, terdengar aduan yg sejak dua menjak ni badan terasa lemah2 sikit...dada rasa macam susah nak bernafas...dan rasa mudah letih...dan abah membalas, mungkin di usia kita ni mmg mcm tu, tambahan puasa serta cuaca yang tak menentu sejak akhir2 ni...dan pakcik hanya mengangguk tanda setuju...sehari selepas pulang dari kampung, abah terima panggilan mengatakan pakcik dimasukkan ke hospital sabak bernam, menurut kata doktor, ada infection pd paru2...bunyi seakan tak serius...namun...penyakitnya tak jugak kebah2...hingga terpaksa di bawa ke hospital sg buloh utk rawatan lanjut...

dan aku adalah aku...pulang ke KL, sibuk dgn urusan kerja hingga terlupa ttg pakcik yang sakit..lupa nak bertanya khabar dia melalui abah...hingga lah sewaktu sedang berehat dirumah (waktu lunch yg pnjg kerana kerja amal) mama telefon mengatakan yg pakcik sedang kritikal...terkejut juga...dlm hati berkata teruk juga infection tu smp kritikal...dan pada malam yg seharusnya aku dan parents pergi melawat...aku yg tak jadi pegi bile mama tgk aku sibuk nk pergi melawat org kat hospital tp bawa LAPTOP!bukan aku sengaja atau tunjuk alasan utk tak payah pergi , mmg niat nak pergi, tp kebetulan pd mlm yg sama aku perlu hantar skrip pada IQA..dan skrip tu blm siap, fikir sepanjang perjalanan ke hospital boleh la siapkan sebab tak byk mana pun lg skrip tu...tp mama ckp siapkan jelah kerja, esok br melawat...aku akur...

masin mulut mama, bila esok MEMANG aku pergi melawat pakcik, tp melawat pakcik yg telah tiada....dan sewaktu jenazah sedang di solatkan..baru aku tahu yg dia meninggal kerana LUNG CANCER...! sedangkan aku fkir dia meninggal kerana jangkitan paru2? teruknye aku....!mudah pakcik pergi, seminggu selepas diagnosed cancer STAGE 4, pakcik pergi meninggalkan keluarga dan kami semua...sedangkan si anak dah menyusun jadual utk perubatan yg bakal di lakukan utk pakcik...mungkin pakcik tak mahu susah kan anak2...tp yg pasti, ALLAH sayangkan pakcik.....

selepas pertama kali dimasukkan ke hospital sg buloh, pakcik pernah discharged...dan dimasukkan kembali selepas masih sakit yg sama...dan kemudian barulah doctor dapat kesan apa punca sebenar sakit pakcik...

pakcik seorang imam dan seorang yg tak byk ckp...ramai org kampung yg dtg berziarah...rezeki pakcik...segalanya di permudahkan...semoga pakcik diletakkan di kalangan mereka2 yg beriman...insyaallah

Al-fatihah utk Pakcik Hj Kamaruddin...

Saturday, October 9, 2010

:: PILIHAN ::

Hati meronta nak bercerita..tapi akal dan fikiran kata tak perlu..biar disimpan sesetengah perkara supaya tak mbuka aib didada...tapi mata bengkak hingga xmampu nak dibuka, hati parah kerana luka dan kecewa..kenapa rasa seperti tidak diberi pilihan utk tentukan apa yg tbaik? bukan ke ia sepatutnya menjadi perkara plg manis, plg gembira, plg dinanti2 kan...tp ia telah bertukar menjadi perkara plg sedey, plg tak mahu difikirkan, plg mls utk dilaksanakan dan perkara plg tak mahu dilakukan?
Jika anak perlu mengikut  kata org tua...bagaimana pula dgn org tua? mereka ikut kata siapa?
Jika isteri perlu ikut kata suami..suami ikut kata siapa? Jadi dimana keadilan utk org yg perlu mendengar kata2 org lain? bagaimana dgn kata suara hati mereka? hanya dibiarkan menjerit di dalam diri? hanya mampu keluar melalui air mata?jika org pandai berkata2, mungkin mudah utk mluah kan rasa tidak puas hati di dada...tp jika org tak pandai berkata2, hanya tangisan dpt di dengarkan tanpa perlu berkata2...
Apa mungkin, sesuatu yg plg ditunggu2 kan, perlu diuruskan oleh orang lain tanpa kita boleh bersuara memberi pendapat dan memberitahu keinginan yg terpendam sejak sekian lama? atau hanya biarkan keinginan terpendam terus dipendam? atau yg terpendam di luahkan dengn lakaran sketch bg meluahkan yg terpendam?
nyata jelas dan terang..tak semua orang mampu mbuat pilhan atau diberi pilihan utk mbuat pilihan....

Wednesday, October 6, 2010

I got a CALL

owh...i feel amazing !

I got an interview call today...so excited and yet nervous too!
I haven't undergo any interview for last 4 years...aaaaaaaaaaaa takott!
but how I wish to join that such big Co tho ~

harap2 ini rezeki !

Turning point?

Sedang tengok tv layan cerita Lagenda Budak Setan...

Semalam, Biebie and i went out lunch together at NZ next to Public Bank HQ..and was so surprise when I bumped into my ex-trainer while I was working with CIMB...

And seeing him with some offers really make me feel sort of happy when there are still opportunities for me to grow..

still need to consider...