Thursday, December 30, 2010

GoOD ByE

Good BYe 2010

You have done the best of your 2010 and may 2011 will be more fun, success and prosper...

Wednesday, December 29, 2010

aw Ouch aw Ouch

Daisypath Wedding tickers


tinggal byk tu je ke bulannye? (sambil tgk listing) byk nye tak buat lg......sigh

Thursday, December 23, 2010

Kesian SIti

Ibu kata semalam ada orang bertanya kan Siti. Ibu kata mereka dari keluarga yang baik2 dan berkemampuan. Ibu suruh Siti fikirkan semasak2 nya, sebab ini soal masa depan Siti. Orang baik2 macam tu tak elok di tolak. Ibu kata ibu percaya SIti bole buat keputusan yang betul untuk masa depan Siti jugak. Kemudian ibu kata, lagi 3 minggu majlis pertunangan SIti. Siti tak faham dengan ibu. Tak sampai 2 saat pun Siti di beri peluang untuk berfikir, dan ibu dah beri keputusan untuk SIti. Dan Siti? terpinga2 tak percaya SIti akan bertunang dengan lelaki yang SIti tak kenal langsung.

Sudah seminggu masa berlalu. Ibu yang sibuk uruskan itu dan ini. Dari jemputan, tema warna, jenis2 barang hantaran, persiapan itu persiapan ini, hingga baju untuk SIti pakai masa majlis itu juga ibu yang pilihkan. Yang SIti tau, tiba2 ada seorang kakak datang untuk ukur badan SIti untuk di buat baju SIti. Kain yang diberi ibu memang dah lama ibu beli sewaktu ibu bercuti ke Bandung. French lace warna tiffany di padan kan dengan satin royal gold. SIti rasa macam dah nak nikah pulak semua ni. Semua berlaku dengan pantas. SIti hanya duduk diam dan banyak termenung. Tentu Zarif benci dengan SIti. Tentu Zarif anggap SIti tak setia. Tentu Zarif akan kata Siti penipu. Dan paling teruk tentu Zarif kata SIti pengkhianat cinta kami. Maafkan SIti Zarif. Ini semua bukan kehendak SIti.

Lepas dari ibu beritahu lagi 3 minggu SIti akan bertunang dengan jejaka X. SIti bantah. Siti bertengkar besar dengan ibu, hingga SIti rasa macam SIti ni tak berhak untuk tentukan hidup SIti.
'Kamu tu cetek fikiran SIti. Kamu hanya ikutkan kata hati. Tak pernah gunakan akal fikiran untuk buat keputusan' kata ibu
'Apa bukti Siti ni buat benda tak guna otak? cube ibu tunjukkan' bangkang SIti.
'Banyak! tak kuasa ibu nak rungkai satu2, dari ibu buat benda tak berfaedah tu, baik kamu cakap kenapa kamu nak tolak pinangn ini?'
'Siti, Siti, Siti' tergagap Siti nak jawab
'Siti Siti ape?' bingkah ibu
'SIti dah ada pilihan sendiri' laju ayat itu keluar dari mulut SIti.
'Siapa pilihan kamu SIti? jangan nak kata kamu masih dengan Zariflah?' tanya ibu
Siti hanya anggukan kepala. Dan sedari itu, mulut ibu tak pernah nye berhenti menasihati dan pedih terasa telinga mendengar segala kata2 ibu tentang hubungan SIti dengan Zarif. 'SIti dan Zarif dah 3 tahun bercinta la bu!' tapi hanya mampu SIti jawab dalam hati.
'Kamu nak makan pasir je ke bila dah kahwin nanti SIti? atau duduk bawah jambatan? ibu tak kisah kalau pilihan kamu tu bertepatan, yang boleh jamin masa depan kamu, bukannye dengan budak macam Zarif tu!!!
Takde perkerjaan, merayau je keje nya' sambung ibu.
'Kan Zarif tu bantu perniagaan ayah dia bu' bela SIti.
'Memang la sayang, bantu bila dia nak je, dalam 30 hari belum tentu betul sehari dia bantu ayah dia di kedai tu, paling lama pun 2 jam? itu bantu? dia hanya habiskan segala harta ayah dia je SIti' jawab ibu.

Dan sedari itu, SIti diam bila ayah juga dah masuk campur. SIti takut kalau ayah pulak marah SIti. Sebab ayah jarang2 marah SIti. Dan SIti tak di benarkan keluar rumah sendirian lagi. Kata ibu untuk keselamatan. Tapi SIti tau dia taknak SIti jumpa Zarif. Kunci kereta SIti juga ibu pegang dan ibu yang pandu kereta SIti sekarang ni.

Apalah nasib SIti, SIti baru nak mula kan kerjaya SIti. SIti nak rasa pegang duit sendiri. (SIGH)

Siapa lah lelaki gedik gatal2 masuk meminang ni. Siap la kau.

Friday, December 10, 2010

usaha yg berbaloi

alhamdulillah...dengan ini, saya mengishtiharkan. Tamatnya sesi pembelajaran untuk semua semester, bermula dari 10/12/10. sekian.

alhamdulillah *wink wink

MaD HaTTeR's DiNNEr & DanCe yo

Tonite is the nite when 710 PwCian will be going for the dinner & dance at ONE WORLD Hotel yo. just 710? when 710 were those who registered to get the seat at special and affordable given price. how bout the rest? sila ddk diam2 kat rumah ok...hehehe

THe best thing is, I am one of 710 tho... Wehuuuuuuuu...and being PwCian for almost 4 years, and this is my first time ever I'm going for this dinner despite the biennial and Iftar. well peeps, let's rock !

But.....what the maddest hat I have in my closet? none. Opsie~

Wednesday, December 8, 2010

Siti Oh Siti

'siti, tolong bukak pintu ni ayah kat bawah dah' kata ayah dalam talian.
wah banyak nye barang dari kampung, detik hati ku sebaik pintu ku buka. 'tolong bawa sayur2 ni semua dan letak kat dapur' perintah ibu, sementara ayah baru saje menutup pintu pagar rumah.
Namun, belum pun sempat aku menjejakkan kaki ke dapur, telinga menangkap bebelan ibu 'engkau ni kalau duduk dirumah seharian pun, takde la nak tolong masak'
'ape yang tak masak nye ni?' tingkah ku pantas dek kerana hati yang tiba2 saje meluap2 panas bila acapkali hal yang sama yang ibu bebelkan sedangkan dia tiada di rumah, seharian aku uruskan rumah ni atas bawah. Dan bila dia pulang, aku dimarahi seperti aku ni hanya duduk terkangkang goyang kaki sambil tengok tv. Kesal hati ku tak dapat di bendung sampai mudah air mata turun ke pipi. sambil mengelap air yang jatuh membasahi pipi, aku letakan sayur di atas meja. Sementara kaki laju cuba menjejak tangga untuk ke atas. Dan ketika itu lah aku terdengar bunyi tudung saji yang di hempas kuat.
'malas betul'perlahan ungkapan itu lahir, walau perlahan namun telinga muda ku ini, masih dapat mendengari dengan terang.
'ape yang malas nye ibu? apa yang tak masak nye?' tengking ku kuat.
'kalau masak mana?' tanya ibu dengan nada juga kuat.
'itu kat dalam periuk tu ape?, ikan dalam pinggan kat luar tudung saji tu ape? ibu nak marah2 ni kenapa? ape siti ni buruk sangat ke ibu? ' seraya aku belari naik ke atas dek kerana sedih yang tak tertanggung lagi. Sampai di bilik, cepat je tangan nak menghempas pintu namun sempat tangan kiri menahan 'pintu ni tak bersalah, tak perlu dia yang menjadi mangsa'. Dan aku kunci dan terus menghempas badan ke atas katil.
Menangisi ape yang terjadi, kesal meninggi suara kepada ibu, dan kesal juga kerana kenapa itu je kesalahan yang aku dapat. Aku bersihkan penyedut udara kerana tadi aku lihat dan terlalu kotor, menyapu sampah atas dan bawah, mengemop. masak untuk adik yang nak pulang ke UiTM.
Aku juga punya hati, kesian melihat adik yang nak pulang, jadi aku masakkan lauk kegemarannya. Dan tapi bila ibu pulang, aku masih di persalahkan?
Apa menantu dia je ke yang baik? aku perasan memang la menantu dia tu rajin masak, tapi masak sebab nak jaga perut laki dia tu, setakat memasak, kemas rumah? bantal kat bahagian atas tu, kalau 10 tahun setiap malam dorang baring, lepas baring tu pasti bantal akan tinggal kat atas lantai, dalam keadaan yang sama, dalam senget2 bantal tu lepas baring. Tak penah sekali pun aku bangun tidur tengok bantal dah siap susun atau di letakkan dalam bilik balik. Itu tak penah pulak ibu bebelkan? kenapa tak tegur? kenapa setiap hari aku balik dari kerja, aku tau lantai tak bersapu. Sebab terasa pasir seluruh rumah. Siapa yang tolong kemas kan bila jadi macam tu? menantu? anak2 ibu yang lain? sume jangan harap. kalau bukan Siti ni jugak.
kenapa lah ibu macam ni.

Thursday, December 2, 2010

alhamdulillah

Satu kesyukuran diluahkan bila peak period dah berlalu. Tibe2 rasa tak seronok pulak, dulu sibuk, rs sgt diri productive, tp now dah kurang sibuk, cuma ada satu dua tax comp je yg perlu di buat tp suma under control. Now dah bole baca blog, update blog, dan terus lakukan kerja2 surfing (^_^) macam dulu2 hahaha. Then pagi ni baca ttg PERASAN yg ditulis oleh budak yg tgh lama bercuti tu..hehe...btol jugak ckp dia tu...hahahaha

Nyway, just drop by to say hello December.