Ini berita yang baru di baca melalui hmetro online...Ya Allah, engkau ampunkan lah dosa2 kami dan seluruh umat islam...beri kan lah kami cahaya mu Ya Allah, dan jadikanlah kami semua umat mu yang soleh dan solehah Ya Allah....
KUALA LUMPUR: Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.
Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.
Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.
Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.
(tak dapat dibayangkan bertapa terseksanya mereka)
“Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.
“Suspek yang melakukan perbuatan ini boleh dianggap kejam dan langsung tidak berhati perut kerana membiarkan mangsa menderita sebelum menemui ajal.
“Malah, mereka diperlakukan umpama haiwan hanya kerana sikap suspek yang dikatakan terlalu tamak dengan wang ringgit,” katanya.
Difahamkan, tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran semua mangsa terbabit dengan tujuan menghilangkan bukti bagi mengelak perbuatan mereka dihidu.
Harian Metro semalam melaporkan polis menemui pisau dipercayai digunakan kumpulan pembunuh itu yang dibuang dalam sungai selepas seorang daripada suspek memberikan maklumat kepada polis.
Turut dibuang bersama pisau itu adalah abu mayat semua mangsa yang dihanyutkan dalam Sungai Panchau, serta beberapa parit kecil berhampiran di mana arusnya mengalir ke laut.
Harian Metro turut difahamkan semua pekerja di ladang terbabit warga tempatan dan mereka dikatakan menerima ‘habuan’ berbentuk wang ringgit daripada peguam bergelar Datuk itu.
Malah, perbuatan kejam ini bukanlah kali pertama dilakukan kumpulan pembunuh berkenaan dan mereka juga sebenarnya disifatkan sebagai tidak profesional namun faktor bernasib baik, lebih memihak kepada mereka.
Menurut sumber, kehilangan beberapa lagi individu yang pernah dilaporkan sebelum ini selepas berurusan dengan peguam terbabit dipercayai turut menjadi mangsa pembunuhan kumpulan berkenaan.
“Mungkin selama ini mereka terlepas dari sebarang tindakan kerana kerja yang dilakukan mereka itu agak teliti dan menghapuskan bukti dengan cara membakar mangsa.
“Namun, dalam kes terbaru ini, polis menemui beberapa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai ‘kunci’ bagi mengesan perbuatan kejam dilakukan kumpulan pembunuh itu,” katanya.
Susulan daripada itu, polis menahan lapan suspek termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu berusia antara 19 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan selain beberapa lagi bahan bukti yang digunakan semua suspek.
Wednesday, September 15, 2010
Tuesday, September 14, 2010
Al-Fatihah
Tiada kata yg mampu lahir selepas pertama kali membaca berita tentang Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 rakan yang lain beberapa hari sebelum raya. Dan masyarakat Malaysia heboh memperkatakan tentang andaian2 yang mungkin tentang kehilangan datuk dan 3 yang lain. Pada mula membaca tentang berita tersebut, tiada apa yang benar2 menangkap untuk terus membaca, kerana ia seperti sesuatu yang dah menjadi sesuatu 'Kebiasaan' di Malaysia sejak akhir2 ni. Kes bunuh sering kali menghiasi dada2 dan kaki2 akhbar hingga tak salah untuk di katakan hampir setiap hari. Manusia semakin hilang rasa peri kemanusiaan, jalan mudah, hanya bunuh, bakar, buang, hingga bayi yang tak tak tau apa2 turut menjadi mangsa.
Tetapi apa yang paling menyentuh perasaan, paling membuat saya terkejut pada kes datuk sosilawati ni, antara 3 rakan yang turut hilang itu, merupakan bekas rakan seperjuangan sewaktu saya masih bersama CIMB Bank 4 tahun lalu. Noorhisham. Ye, saya panggil dia dgn nama Abg Sham kerana jarak usia yang berbeza. Orang nya baik, mudah ketawa, bercakap juga lembut, banyak memberi nasihat untuk maju dalam hidup. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Pada mula membaca berita tersebut, saya kurang cam ia adalah abang sham, namun bila terbaca seorang perunding kewangan peribadi dari CIMB Bank Kg Baru Branch, terdetik dihati, eh siapa ekh..takkan aku tak kenal, dan saya melihat kembali foto yang terpampang di dada akhbar tersebut....dan......Ya Allah mengucap panjang bila saya sedar itu adalah rakan saya sendiri.....hanya doa yang mampu saya titip kan untuk keselamatan beliau yang pada ketika itu sudah 8 hari hilang...
Dan pada raya ketiga, ketika saya dan keluarga masih beraya di rumah Pakngah di kampung....makngah beritahu yang keempat2 mereka dah di sahkan mati dibunuh dan dibakar...
terasa longlai bila mendengar berita tersebut...terbayang di mata, saat2 dia di pukul, atau dalam ketakutan menghadapi saat2 kematian...seperti terdengar2 dia menjerit mohon di bebaskan, seperti yang selalu kita lihat di televisyen..namun, misteri kehilangan mereka dah terjawab...mereka berempat dibunuh, dibakar dan abu mereka di buang di sungai...
Namun, sehingga ke hari ini, saya masih lagi mencari2 bahan berita untuk dibaca tentang kes mereka ini...apa salah mereka sehingga mereka mendapat bahagian sedemikian rupa...semoga roh mereka di cucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang beriman..
Al-fatihah ~

Sunday, September 12, 2010
mengapa?
Mengapa perlu ada perasaan mcm ni? agak pelik dgn perasaan sndr...dia cuba nak mendekat kan diri, nak berbaik2...tp kenapa perasaan utk berkawan dgn dia, saya pandang sepi dan tidak seikhlas mana...mengapa? apa salah dia...saya tahu perasaan ni patut di buang jauh...dan cuba seikhlas hati terima dia yang ingin berkawan dgn saya, yang mungkin satu hari nanti, kami akan jadi saudara...adik ipar mungkin?
Tapi kenapa setiap perbuatan yang dia buat, rasa menyampah yang meluap2...Ya Allah...jauhkan lah perasaan negatvie ni ya Allah...sesungguh nya aku hanya insan mu yang lemah...
Dia wish, selamat hari raya pun saya ada perasaan berbelah bagi untuk reply...ah, biarlah lg pun wish dlm fb je pun...tp yelah, sbb dia takde contct number saya? tapi...hmm biar lah...dia start komen pd photo org2 yg rapat dgn saya pun, saya dah start macam meluap2...perasaan ape sbnrnye ni? mungkin sbb saya tak kenal dia? atau adakah kerana kami satu bintang...Aquarius...yang mmbuat kan saya jd mcmni? adakah dia juga sbnrnya sama? astarfirullah....tak baik mengata org, tak baik tak suka org...setiap perbuatan kita pasti akan ada balasan...biar berbuat baik dgn org, jgn bbuat sesuatu yg mcm ni...
saya cuba untuk terus buang perasaan tak suka ni, sbb budak tu rs nye takde salah apa pun...tp kalau org kutuk dia, timbul rasa kesian pd dia...sedangkan saya sndr ada perasaan yang mcm ni...
mungkin, saya perlu meluahkan apa yang saya rasa kan...harap2 selepas ni...saya boleh kawal perasaan, bole belajar menjadi ikhlas...ya ikhlas tu penting...kita tak bole berlakon, tak boleh berpura2...sbb ia tak akan nmpk ikhlas di mata sesiapa pun...harap2....saya berubah selepas ni, jika tak mahu serapay mungkin pun takpe, asalkan, dpt terima salam persahabatan dr dia....insyaallah ~

Wednesday, September 8, 2010
8.9.10
What a lovely date today...and it is my 8th year anniversary with HIM...
Insyaallah, dengan harapan kekal hingga ke syurga....
Insyaallah, dengan harapan kekal hingga ke syurga....
Selamat Hari Raya
Aidifitri datang lagi...satu hari lagi ramadhan akan pergi meninggalkan kita...terasa seperti ada sesuatu yang...entah tak pasti...namun, harap2 sesuatu yang entah ini ada sesuatu yang baik...insyaallah
Selamat hari raya maaf zahir & batin..
Monday, September 6, 2010
update yg tak berapa nak update
Minggu ni dah masuk minggu raya....and buat pertama kali nye sejak keja kat sini, I amb cuti way early sebelum raya...usually after raya baru amb, meaning that a day b4 raya pun keje...tp this yr...awal kot...hehe...start esok smp isnin, then selasa rabu comeback to work then smbg khamis jumaat....wahhh! best nye september...takyah teje lama...hehehe...
dan preparation....semangat nak cuti raya...tp satu benda pun tak buat lg...baju? hmmm tade pun...kalau pegi mall pun, baju si budak ammar tu je yg berkenan kat mata...hmmm, nnti nk cari kasut utk dia n ameer...adoii~
semakin meningkat umur..semakin selalu fkirkan tentang orang lain..tp ntah byk fkir kan pasal org lain pun tak berapa elok kan....
kemalasan untuk menulis semakin ketara lately....hehe...jadi...sabar jelah...
sambung nnti ~

Friday, September 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
Day by Day
Hi All, Mother of two is back. I always wanted to write something in here but (theres always a but) time is so jealous and mean to me as...
-
Assalammualaikum, Lots of things kept playing in my head...n lots of things i wish to do...well yeah, some day i'll ascertain things t...
-
Assalammualaikum w.b.t It's really been a while i didn't write since my last post. Ipad had problem when error message popup every...