Tuesday, September 14, 2010

Al-Fatihah

Tiada kata yg mampu lahir selepas pertama kali membaca berita tentang Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 rakan yang lain beberapa hari sebelum raya. Dan masyarakat Malaysia heboh memperkatakan tentang andaian2 yang mungkin tentang kehilangan datuk dan 3 yang lain. Pada mula membaca tentang berita tersebut, tiada apa yang benar2 menangkap untuk terus membaca, kerana ia seperti sesuatu yang dah menjadi sesuatu 'Kebiasaan' di Malaysia sejak akhir2 ni. Kes bunuh sering kali menghiasi dada2 dan kaki2 akhbar hingga tak salah untuk di katakan hampir setiap hari. Manusia semakin hilang rasa peri kemanusiaan, jalan mudah, hanya bunuh, bakar, buang, hingga bayi yang tak tak tau apa2 turut menjadi mangsa.

Tetapi apa yang paling menyentuh perasaan, paling membuat saya terkejut pada kes datuk sosilawati ni, antara 3 rakan yang turut hilang itu, merupakan bekas rakan seperjuangan sewaktu saya masih bersama CIMB Bank 4 tahun lalu. Noorhisham. Ye, saya panggil dia dgn nama Abg Sham kerana jarak usia yang berbeza. Orang nya baik, mudah ketawa, bercakap juga lembut, banyak memberi nasihat untuk maju dalam hidup. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Pada mula membaca berita tersebut, saya kurang cam ia adalah abang sham, namun bila terbaca seorang perunding kewangan peribadi dari CIMB Bank Kg Baru Branch, terdetik dihati, eh siapa ekh..takkan aku tak kenal, dan saya melihat kembali foto yang terpampang di dada akhbar tersebut....dan......Ya Allah mengucap panjang bila saya sedar itu adalah rakan saya sendiri.....hanya doa yang mampu saya titip kan untuk keselamatan beliau yang pada ketika itu sudah 8 hari hilang...

Dan pada raya ketiga, ketika saya dan keluarga masih beraya di rumah Pakngah di kampung....makngah beritahu yang keempat2 mereka dah di sahkan mati dibunuh dan dibakar...

terasa longlai bila mendengar berita tersebut...terbayang di mata, saat2 dia di pukul, atau dalam ketakutan menghadapi saat2 kematian...seperti terdengar2 dia menjerit mohon di bebaskan, seperti yang selalu kita lihat di televisyen..namun, misteri kehilangan mereka dah terjawab...mereka berempat dibunuh, dibakar dan abu mereka di buang di sungai...

Namun, sehingga ke hari ini, saya masih lagi mencari2 bahan berita untuk dibaca tentang kes mereka ini...apa salah mereka sehingga mereka mendapat bahagian sedemikian rupa...semoga roh mereka di cucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang beriman..

Al-fatihah ~

1 comment:

Iwan Shah Zainal said...

One thing leads to another...
a tragic incident but wat worst, is how people r using this case as their political weapon
al fatihah RIP

Day by Day

Hi All, Mother of two is back. I always wanted to write something in here but (theres always a but) time is so jealous and mean to me as...