Wednesday, December 8, 2010

Siti Oh Siti

'siti, tolong bukak pintu ni ayah kat bawah dah' kata ayah dalam talian.
wah banyak nye barang dari kampung, detik hati ku sebaik pintu ku buka. 'tolong bawa sayur2 ni semua dan letak kat dapur' perintah ibu, sementara ayah baru saje menutup pintu pagar rumah.
Namun, belum pun sempat aku menjejakkan kaki ke dapur, telinga menangkap bebelan ibu 'engkau ni kalau duduk dirumah seharian pun, takde la nak tolong masak'
'ape yang tak masak nye ni?' tingkah ku pantas dek kerana hati yang tiba2 saje meluap2 panas bila acapkali hal yang sama yang ibu bebelkan sedangkan dia tiada di rumah, seharian aku uruskan rumah ni atas bawah. Dan bila dia pulang, aku dimarahi seperti aku ni hanya duduk terkangkang goyang kaki sambil tengok tv. Kesal hati ku tak dapat di bendung sampai mudah air mata turun ke pipi. sambil mengelap air yang jatuh membasahi pipi, aku letakan sayur di atas meja. Sementara kaki laju cuba menjejak tangga untuk ke atas. Dan ketika itu lah aku terdengar bunyi tudung saji yang di hempas kuat.
'malas betul'perlahan ungkapan itu lahir, walau perlahan namun telinga muda ku ini, masih dapat mendengari dengan terang.
'ape yang malas nye ibu? apa yang tak masak nye?' tengking ku kuat.
'kalau masak mana?' tanya ibu dengan nada juga kuat.
'itu kat dalam periuk tu ape?, ikan dalam pinggan kat luar tudung saji tu ape? ibu nak marah2 ni kenapa? ape siti ni buruk sangat ke ibu? ' seraya aku belari naik ke atas dek kerana sedih yang tak tertanggung lagi. Sampai di bilik, cepat je tangan nak menghempas pintu namun sempat tangan kiri menahan 'pintu ni tak bersalah, tak perlu dia yang menjadi mangsa'. Dan aku kunci dan terus menghempas badan ke atas katil.
Menangisi ape yang terjadi, kesal meninggi suara kepada ibu, dan kesal juga kerana kenapa itu je kesalahan yang aku dapat. Aku bersihkan penyedut udara kerana tadi aku lihat dan terlalu kotor, menyapu sampah atas dan bawah, mengemop. masak untuk adik yang nak pulang ke UiTM.
Aku juga punya hati, kesian melihat adik yang nak pulang, jadi aku masakkan lauk kegemarannya. Dan tapi bila ibu pulang, aku masih di persalahkan?
Apa menantu dia je ke yang baik? aku perasan memang la menantu dia tu rajin masak, tapi masak sebab nak jaga perut laki dia tu, setakat memasak, kemas rumah? bantal kat bahagian atas tu, kalau 10 tahun setiap malam dorang baring, lepas baring tu pasti bantal akan tinggal kat atas lantai, dalam keadaan yang sama, dalam senget2 bantal tu lepas baring. Tak penah sekali pun aku bangun tidur tengok bantal dah siap susun atau di letakkan dalam bilik balik. Itu tak penah pulak ibu bebelkan? kenapa tak tegur? kenapa setiap hari aku balik dari kerja, aku tau lantai tak bersapu. Sebab terasa pasir seluruh rumah. Siapa yang tolong kemas kan bila jadi macam tu? menantu? anak2 ibu yang lain? sume jangan harap. kalau bukan Siti ni jugak.
kenapa lah ibu macam ni.

2 comments:

n a d e a said...

who's siti?

dillala said...

hehe
ini hanyalah cerita yg tibe2 je dtg utk ditulis. tbe2 je siti yg jadi watak tu (mayb sbb Akak suke Erra Fazira kot, so Siti la yg jd kesian hahahaha) jgn mara ye kui kui kui