Assalammualaikum wbt
Sedang keje masih menimbun di atas meja ni, dan byk lagi analisis yang perlu di buat, tp DH (singkatan utk Dilla Human-eceh tbe2 je kan hehe) click dan sign in ke blog ni. Sbb td went through organiser dan terpandang kan satu info yang baik untuk di kongsikan bersama.
Mana tau lepas ni ada yang google dan mencari info tentang perkara ni, jadi boleh di gunakan dan bole di jadikan sebagai panduan.
Last March 2011, DH dan angkatan keluarga Mr F terbang ke Jakarta (JKT) sebagai persediaan majlis kami di bulan Nov ini (Insyaallah) dan sebab terbang ke JKT termasuk dalam agenda kami. Jadi buat pertama kalinye DH memijakkan kaki di bumi Jkt terasa biasa. Mungkin sebab cuaca yang lebih kurang dan negara tercinta cume keadaan airport yg membeza kan hehe.
Tp entry kali ni bukan utk bercerita tentang pengalaman semasa berada di sana. Takkan la kan, dah 5 bulan balik baru nak ceritakan? lame sgt kot dh cite tu, smp DH sendiri rasa eh bukan thn lepas ke pergi Jkt tu? hehe
But entry kali ni berkenaan wedding card yg kami tempah di Pasar Tebet, Jkt tu. Agak cepat juge proses mereka menyiapkan kartu undangan itu hehe. Komunikasi antara kami dan mereka adalah melalui email, utk memastikan itu yg kami mahukan. dan sesekali baru DH ada call mereka sebab malas nk tunggu lame utk dpt jawapan. Panggilan menerusi celcom xpax KL-JKT untuk tempoh seminit dua pun, it cost you about RM1+ la. Oklah sbb tak selalu pun. Atau mungkin kalau kite subscribe plan yg lain mungkin lg murah.
Selepas dapat confirmation dari kami untuk mereka proceed membuat kad, it takes about 1 week ++ utk siap. Tp Lia (vendor kad kami itu) beritahu kami 2 weeks. ok lah kan, so that dia tau dia tak over promise. lepas dah siap, Lia beri kami options penghantaran kad itu ke Malaysia. Satu melalui kapal air dan satu lagi melalui kapal terbang. Dgn flight, sgt mahal utk 60kg pertama pun dah IDR3 juta. Dan menurut Lia, kotak kad kami tu dekat 80kg! gulp! Jadi Lia estimate dlm IDR4 juta kalau menggunakan kapal terbang. OK DH dh berpeluh bile dgr cost hantar mahal macam tu, serupa terbang ke Jkt blk dan 'soppink' je kos dia. then satu lagi cara melalui kapal air. Ok kapal air ni memang murah dan sgt jauh beza harga dia dari kapal terbang. tp yelah ada orang ckp sebab masa yang lama untuk sampai ke Malaysia, nanti kad tu akan hancur la, akan rosak dan kita tak akan terima dalam keadaan yang baik. tp itu semua nasib actually. lepas berbincang, DH, Mr F dan family decided to opt for kapal air. Kalau pilih kapal air, Lia hanya charge delivery, upah dan kos dia balut kotak dgn plastik je. bila kad dh smp port, baru kita akan byr kos kapal air tu. So cost dari kedai kad ke perlabuhan Jkt berbeza bergantung kepada vendor kite tu, mcm Lia charge DH sekali dgn final payment yg perlu DH buat. jadi lepas tolak dgn balance payment to be made, dlm IDR800k jugak la dia charge. Satu faktor jarak dari Toko (kedai) Lia ke perlabuhan yang sgt jauh, so DH ye kan jelah. Asalkan dia buat benda tu dgn cermat dan kad selamat sampai.
Tempoh yg Lia janjikan dr Indonesia ke Malaysia adalah dlm 2 minggu. Menurut Lia, ada kapal akan bergerak pagi Jumaat (waktu tu hari Rabu selepas DH buat full payment) jadi DH pun kira lah, siap mark dlm kalender office takot lupe.Mark dalam kalender kad naik kapal pada 3 June dan akan smp dalam 18 June 2011.
It was then, on 13 June ada seorang lelaki call DH dan ckp dia from Port Klang (ada juge mentioned nama co tp tak igt ape) dan nak deliver hantar kad ke rumah. Wahh ia sgt bagus sbb DH igt kan kena pergi amb sendiri kat port. En Lelaki tu call tengahari dan kata ptg kad bole smp rumah DH di keramat. SO deal. Sbb ptg kat rumah ada orang.
Berdebak berdebuk, lepas dah En Lelaki tu tersesat dan masuk salah lorong, dia pun sampai di depan rumah bonda DH menaiki lori dan abah yg memang siap sedia tunggu di rumah yg sambut 4 kotak dari Jkt tu. Dan kos dari perlabuhan Indonesia ke perlabuhan Klang lepas dh convert ke RM hanya lah RM110!!! murah gile kan? sbb DH estimate at least RM200 ke sbb En Lelaki tu siap call ms dia kat tol Duta dan tol DUke. Masa tu dlm hati, mak ai encik ni siap ikot tol, sure mahal dia nak charge ni. tp reasonable la, kad dari Jkt to your doorstep within a week cost you that much.
Dan kad yg sampai berada dalam keadaan yang baik, mungkin ada la satu dua yg terpenyek dan terkoyak sikit sbb mereka campak2 kot kotak2 itu. Bt koyak pun, kalau pos kat orang masih tak perasan kecacatan nye hhehe
Jadi, DH dah bole buat keje blk hehe. Sebelum kakak senior belakang ni pusing dan tanye bout analysis ni.
See ya, wassalam
4 comments:
emmm...sonoknya baca eheheh...kak dah kawin kalau tak nak gak tempah kad....
hehehe...utk anak2 nnti yer hehe
jgn lupa satu kad utk kami yer.. ;)
Hai DH, I tengah cari vendor utk kad kahwin kat Jakarta. Boleh tau u tempah kat mane or u still simpan contact lia. Hopefully sis boleh bantu. Pls email me at vee.arifin@gmail.com
Post a Comment