Wednesday, October 20, 2010

11.11.11

Mengira hari ke arah anjakan paradigma yang paling ketara dalam hidup seseorang. Segala perancangan di atur menuju hari yang bersejarah. Jika Datuk Shiekh dengan tema kayangan pahlawan melayu dia tu, saya juga ada tema sendiri yang sedang di atur. Ramai juga kenalan yang bakal melansungkan hari yang sama. 11.11.11. Sebelum memilih tarikh tersebut, saya dan family Si Dia duduk berbincang memilih tarikh yang sesuai, dan setelah melihat tarikh yang baik di bulan Zulhijjah, kami sepakat memilih tarikh tersebut. 11.11.11 tarikh pernikahan bersamaan dengan 14 Zulhijjah, dan resepsi sebelah Si Dia 20.11.11 bersamaan 23 Zulhijjah, yang mana kedua2 tarikh insyaallah tarikh yang baik untuk membina masjid di jalan Allah.

Sedikit panduan tentang hari2 yang baik dan mengapa akhirnya kami sepakat memilih tarikh 11.11.11 dan 20.11.11:


1) senang nak ingat.

takde asyik lupa anniversary yang terus mengundang kepada masalah merajuk tido luar!..haha..tapi kalau dah banyak sangat makan semut baik kawen je tarikh apa-apa pun sebab tak dapat nak ingat.

2) hari jumaat.

akad nikah lebih afdal sebab hari jumaat kan penghulu bagi semua hari. tapi memang mana ada hari yang tak baik. semua juga baik. cuma nak ambil keberkatan saiyidulayyam itu lebih digalakkan.

3) hujung tahun

biasa hujung tahun ni budak cuti sekolah. tapi check kalendar 11 november belum cuti sekolah lagi. tapi seminggu lepas raya haji.

4) 14 Zulhijjah 1432

kita patut tengok dari sudut tarikh bulan islam. Muharram tidak sesuai untuk berkahwin sebab itu bulan kesedihan. (saya tak nak pula bagi tazkirah lebih-lebih sebab ilmu pun tak cukup). Tapi ingat 14 zulhijjah jatuh bulan haji.
HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.


02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.


03hb: Hari yang tidak bagus.


04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.


05hb: Hari yang tidak bagus.


06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.


07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.


08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.


09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.


10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.


11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).



12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.


13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.


14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.


15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.


16hb: Hari yang tidak bagus.


17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).


18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.


19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.


20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.


21hb: Hari yang tidak bagus.


22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.


23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.


24hb: Hari yang tidak bagus.


25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.


26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.


27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.


28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).


29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.


30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.


Kesimpulannya jangan lah kita memilih tarikh dengan mengganggap tarikh tu keramat atau tidak baik. Untuk mendirikan masjid itu satu niat yang baik. Hai, nak kawen tu kawen aje la..hehe..Cuma ia bergantung kepada setiap individu dan apa sebab musababnya. Jangan pula sampai terpesong dari akidah dengan mempercayai perkara khurafat. Wallahualam. (kan da jadi ustazah kat situ)

No comments:

Day by Day

Hi All, Mother of two is back. I always wanted to write something in here but (theres always a but) time is so jealous and mean to me as...