kita mmg tak tahu bila dia akan dtg...sesekali tfikir memang mbuatkan hati rasa gerun....
dan seorang uncle sebelah abah, telah pergi manyahut seruan illahi...
masih teringat lagi pertemuan terakhir di raya ketiga...semasa kami datang ziarah ke rumah nya...dia masih lg sihat dan sihat utk berjalan dan melayan tetamu...cuma ketika dia berborak dgn abah, terdengar aduan yg sejak dua menjak ni badan terasa lemah2 sikit...dada rasa macam susah nak bernafas...dan rasa mudah letih...dan abah membalas, mungkin di usia kita ni mmg mcm tu, tambahan puasa serta cuaca yang tak menentu sejak akhir2 ni...dan pakcik hanya mengangguk tanda setuju...sehari selepas pulang dari kampung, abah terima panggilan mengatakan pakcik dimasukkan ke hospital sabak bernam, menurut kata doktor, ada infection pd paru2...bunyi seakan tak serius...namun...penyakitnya tak jugak kebah2...hingga terpaksa di bawa ke hospital sg buloh utk rawatan lanjut...
dan aku adalah aku...pulang ke KL, sibuk dgn urusan kerja hingga terlupa ttg pakcik yang sakit..lupa nak bertanya khabar dia melalui abah...hingga lah sewaktu sedang berehat dirumah (waktu lunch yg pnjg kerana kerja amal) mama telefon mengatakan yg pakcik sedang kritikal...terkejut juga...dlm hati berkata teruk juga infection tu smp kritikal...dan pada malam yg seharusnya aku dan parents pergi melawat...aku yg tak jadi pegi bile mama tgk aku sibuk nk pergi melawat org kat hospital tp bawa LAPTOP!bukan aku sengaja atau tunjuk alasan utk tak payah pergi , mmg niat nak pergi, tp kebetulan pd mlm yg sama aku perlu hantar skrip pada IQA..dan skrip tu blm siap, fikir sepanjang perjalanan ke hospital boleh la siapkan sebab tak byk mana pun lg skrip tu...tp mama ckp siapkan jelah kerja, esok br melawat...aku akur...
masin mulut mama, bila esok MEMANG aku pergi melawat pakcik, tp melawat pakcik yg telah tiada....dan sewaktu jenazah sedang di solatkan..baru aku tahu yg dia meninggal kerana LUNG CANCER...! sedangkan aku fkir dia meninggal kerana jangkitan paru2? teruknye aku....!mudah pakcik pergi, seminggu selepas diagnosed cancer STAGE 4, pakcik pergi meninggalkan keluarga dan kami semua...sedangkan si anak dah menyusun jadual utk perubatan yg bakal di lakukan utk pakcik...mungkin pakcik tak mahu susah kan anak2...tp yg pasti, ALLAH sayangkan pakcik.....
selepas pertama kali dimasukkan ke hospital sg buloh, pakcik pernah discharged...dan dimasukkan kembali selepas masih sakit yg sama...dan kemudian barulah doctor dapat kesan apa punca sebenar sakit pakcik...
pakcik seorang imam dan seorang yg tak byk ckp...ramai org kampung yg dtg berziarah...rezeki pakcik...segalanya di permudahkan...semoga pakcik diletakkan di kalangan mereka2 yg beriman...insyaallah
Al-fatihah utk Pakcik Hj Kamaruddin...
No comments:
Post a Comment